PURE TRANSLUCENCY ESSENCE LOTION

Review The Body Shop: Drops Of Light

Pure Translucency Essence Lotion

By misszarayumna.blogspot.com 


Hello everyone! Hello sunshine! 

Assalamualaikum cantik🌹🌹🌹...

Sebabkan zara sudah tidak bekerja, company buat hal, so ade la masa untuk penuhkan blog ni dengan perkongsian dan review2 jujur lagi telus. Hihii. Ok baikla. 

So, today I nak focus on the skincare range Drops of Light which is Pure Translucency Essence Lotion.



Dengan packaging kemas yang super duper putih ni, rangkaian produk ni sebenarnya menfokuskan kepada masalah seperti hyperpigmentasi dan uneven skin tone untuk all skin types tanpa mengira lapisan umur. So maknanya, even u ade sensitive skin pun, u still boleh gunakan lotion essence ni. I beli tahun lepas dalam April 2020 dengan harga lebih kurang rm124 ke rm134 macam tu la.. Selain itu, essence lotion ni juga berupaya untuk mencerahkan dan memudarkan serta menghilangkan dark spot di kulit muka kita. Yang lagi bestnya, essence ni tak ade menggunakan any brightening agents yang boleh damage kulit you in future. Basically, Lotion Essence ni made as gel-to-water texture yang mana it will dry and absorb very fast into our skin.

Cara pakai essence lotion ni, selalunya zara akan pakai lepas mencuci muka dengan Cleanser dari Cosmoderm, then apply toner dari The Body Shop juga, then baru la pakai essence ni. Kadang bab toner tu zara skip sebab terlupa. Untuk essence lotion, zara akan buat 4 drops juga untuk whole face. Sapu manja2 je, bestnya selepas tu I akan rasa kulit muka I plumping, fresh dan tak melekit langsung. Yela essence Lotion ni based on gel-to-water, cepat je absorb dalam kulit kita. Walaaa😍😎.. Terbaik.. Kadang untuk make-up pun I still akan apply Essence Lotion ni tau untuk jadikan make-up I nanti nampak smooth..

Sekarang kita proceed kepada ingredients used dalam Drops of Light Pure Translucency Essence Lotion pulak. 

All Ingredients-----Aqua/Water/Eau, Glycerin, Alcohol Denat., Phenoxyethanol, Betaine, Carbomer, 3-O-Ethyl Ascorbic Acid, Palmaria Palmata Extract, Sodium Hydroxide, Disodium EDTA, Disodium Cocoamphodiacetate, Parfum/Fragrance, Aloe Barbadensis Leaf Juice Powder, Linalool.

Kandungan yg popular dalam essence lotion ni yang selalu promoter TBS cakap is red algae.


Kalau kita tengok balik dalam ingredients atas Palmaria Palmata Extrate tu la red algae.  Palmaria Palmata ni type of macroalgae (seaweed) that is red in color, and grows in the Atlantic ocean. So senang citer orang biase panggil sebagai red algae. Its plant-based type and boleh considered safe for all skin types ya. 

Apa kepentingan palmaria palmata ni dalam skincare? 

  • First ia mempunyai kandungan vitamin dan nutrient yang tinggi seperti folate (vitamin b), magnesium, calcium, iron, and pantothenic acid (vitamin B5). Ia juga terdapat kandungan amino acids yang rendah dimana valuable to our skin.Amino acids ni akan membantu membina kulit baru yang sihat, memulihkan masalah kulit, mengekalkan keremajaan kulit, melembabkan kulit, kurangkan pembentukan jeragat.
  • Secondly, ia act as "film former" yang mana membantu essence ni membina lapisan yang stabil on our skin, untuk membantu nutrients diserap dan diproses dengan sebaiknya. 
  • Thirdly, palmaria palmata ni kita boleh classified sebagai natural emollient yang mana ia penting sebagai moisturizer untuk memastikan our skin kelihatan lembut, halus dan kenyal.
Next, essence lotion ni juga sebenarnya mengandungi vitamin C yang mana kalau kita tengok balik dalam ingredients di atas, ada tulis sebagai 3-O-Ethyl Ascorbic Acid. In short, vitamin C ni kita boleh cakap has a magic ability untuk antioxidant, collagen booster as well as skin brightener. Vitamin c ni scientifically proven helps brightening discolouration dari acne scar, dark spot, pigmentation dan sun damage by reducing melanin production in the skin.

Lagi 1, dalam ni still ade alcohol dan Parfum ya.. Boleh check ingredients kat atas atau entry I yang sebelum ni juga ya.. 

Overall, I boleh cakap essence ni works on my skin, even pricey sikit la.. Bila I rasa kulit I kering, I apply je essence ni then kulit I terasa lembab balik. Cuma effect kecerahan tu tak ade even I pakai dari April 2020 until January 2021. Dari segi tekstur kulit, I dapat rasa kulit I makin smooth. Untuk masalah darkspot, hyperpigmentasi tu I takleh comment sebab I tak ade problem tu.. 

OK.. Jumpe lagi untuk next entry.. 

Much love. 
Zara

If uoall nak cuba essence ni, teruskanla. Tapi nasihat I, it depends on your skin juga. Maybe penerimaan kulit orang berbeza beza ya.. 

Comments

Popular posts from this blog

DELAY PERIOD dengan SUNOLUT

Drop of Youth Concentrate