Drop of Youth Concentrate

Review Drop of Youth Concentrate

Not sponsored or paid

                     Hello everyone!


Assalamualaikum cantik🌹🌹🌹

Untuk entry kali ni, I nak review 1 produk dari The Body Shop iaitu Drop of Youth Concentrate.



Honestly, I dah guna 2 botol drop of youth concentrate ni.. First time I beli yang 30ml dalam harga Rm179.00, then after 3 month macam tu I purchased second bottle yang 50ml terus dalam harga Rm239.00. Basically I start guna Drop of Youth Concentrate ni dari February 2020 until now. Memang I jatuh cinta. Yes. Absolutely love with this product.

Sebelum I guna produk ni, I ade masalah kulit muka yang sangat la oily plus ade jerawat pasir yang hampir setahun tak hilang2 dan masalah whitehead & blackhead. Gmbar lama memang I tak ade sebab yela I memang tak confident langsung nak ambil gambar. Teruk sangat muka masa tu. Sekarang kalau nak bergambar memang tak ade rasa malu lagi 😁.. Yela muka dah bersih selepas mengamalkan Drop of Youth Concentrate. 

Cara I apply serum ni, just apply a few drops (usually 4 drops I guna) then sapu whole face ya. Then biarkan je, serum ni sangat lightweight and meresap sangat cepat dalam kulit. Tak terasa pun yang kita pakai serum ni. Serious. Then korang akan rasa kulit lebih sihat, fresh and glowy2 macam tu.. Hihii.. If nak apply moisturiser lepas tu pun lagi bagus, sebabnya ia membantu untuk melembabkan lagi kulit. 

OK sebelum tu, I nak terang kan sikit sebanyak berkenaan produk ni. 

Drop of Youth Concentrate ni atau senang cerita serum dari range Drop of Youth ni menjanjikan dan membantu menjadi kan kulit yang kelihatan lebih halus, sihat dan terlihat lebih segar dengan memberikan kelembapan segera terhadap kulit kita. Selain itu, serum ni juga mempunyai natural antioxidants. Serum ni diperbuat daripada 99% bahan2 semulajadi. Buy don't worry yang selebihnya 1% tu sebenarnya adalah berperanan untuk memastikan terdapat keserasian terhadap kulit dengan produk dan memastikan effect last longer. 

Ha gituw.. Don't worry k.. No harsh chemical yang digunakan dalam produk ni.. 

Kat bawah ni I senaraikan semua ingredient yang di gunakan dalam Drop of Youth, Youth Concentrate ni:

Aqua/Water/Eau, Glycerin, Propanediol, Alcohol Denat., Fagus Sylvatica Bud Extract, Sodium Hyaluronate, Benzyl Alcohol, Xanthan Gum, Salicylic Acid, Sodium Hydroxide, Adenosine, Parfum/Fragrance, Leontopodium Alpinum Callus Culture Extract, Linalool, Crithmum Maritimum Extract, Eryngium Maritimum Extract, Orbignya Oleifera Seed Oil, Citronellol, Malva Sylvestris Flower Extract/Mallow Flower Extract, Benzoic Acid, Sorbic Acid, Citric Acid, Limonene, Sodium Benzoate, Potassium Sorbate.

Eh! Ade Salicylic Acid dalam serum ni. Yes betul. As we know, Salicylic Acid ni memang powerful plus amazing and boleh dikatakan one of the most effective ingredients yang digunakan dalam ape2 pun skincare atau produk cosmetic. Its often recommended to those yang ade oily atau combination skin types, sebab ianya dapat membantu exfoliates dan renew our skin. Jangan risau sebab serum ni takkan buat kulit uoall terlalu dry. Kalau korang rasa kulit tiba2 feel too drying, boleh la wear moisturiser ok.. Jangan risau sangat..

Next, Drop of Youth, Youth Concentrate ni mempunyai 3 kekuatan yang mana diperkaya dengan 3 plant stem cells iaitu:

-Edelweiss stem cell (Leontopodium Alpinum Callus Culture Extract) daripada Italian Alps. Terdapat kajian yang mengatakan, Edelweiss stem cell mempunyai kesan anti-oksidan dan juga anti-penuaan. 

-Criste marine or Sea Fennel stem cell (Crithmum Maritimum Extract). Criste marine stem cell pula dikatakan mampu memperbaiki struktur kulit

-Sea Holly (Eryngium Maritimum Extract) dari Brittany Coast dipercayai dapat memberikan kesan anti-bakteria dan anti-oksidan.

Edelweiss flower

Crithmum Maritimum 
Sea Holly

Disamping itu, serum ni sebenarnya mempunyai kandungan alkohol seperti Linalool, Citronellol dan juga bahan tambahan lain seperti parfum. Sekiranya korang mempunyai kulit sensitif, elakkan dari menggunakan produk yang mempunyai kandungan bahan2 ni.. Kalau rasa ok, okla. Boleh guna. No problem. It depends on your skin. 

Habis bab ingredients. I nak cerita how this product work on my skin. Ok. 1st day I guna serum ni, I boleh cakap. Yes, serum ni memang work amazing on my skin. I rasa skin I dari rough kepada smooth, garis2 halus berkurangan, muka I kurang berminyak, skin I bersinar-sinar dari minggu ke minggu. February 2021 ni ckup setahun I guna serum ni. Memang terbaik serum ni.. I mmg betul2 guna serum ni dengan sebaik mungkin. Yela bende mahal, sayangla kalau pakai on off kan, nanti hasil tak ade. Kawan2 I yang memang tahu problem muka I sebelum ni, semua terkejut muka I boleh dikatakan flawless, jerawat tak ade. So I memang suggestkann untuk reader yang tengah nak cari skincare, cubalah Drop of Youth, Youth Concentrate ni. Selain membantu masalah kulit muka dan enhance kan lagi seri muka, kita tak perlu risau lagi kerana bahan2 yang di gunakan dalam penghasilan serum ni adalah dari pada bahan2 organic. Orang cakap biar lambat kesannya, asal kan tidak memudaratkan kulit. Tapi serum ni effect nya sangat la cepat ya.. Apa2 pun make sure consistent pakai untuk kekalkan keberkesanan produk. Walau pun mahal serum ni, tapi hasilnya memang tip top. Okla semua. Sekian untuk entry kali ni. Jumpa lagi. 

Penulisan ini sama sekali tidak di sponsored oleh The Body Shop. 

Much love❤️

Zara

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

DELAY PERIOD dengan SUNOLUT

PURE TRANSLUCENCY ESSENCE LOTION