DELAY PERIOD dengan SUNOLUT

Tuesday, 5 Jan 2021

Assalamualaikum cantik semua... 

Sempena hari pertama penulisan blog zara hari ni, I nak berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang I ade berkenaan topik KESIHATAN iaitu DELAY PERIOD dengan ubat SUNOLUT. Zara mmg familiar sgt dengan ubat2 ni sebab kerja di klinik dan selalu juga la dispensed ubat2 ni tapi masih dalam pengawasan doktor. Yela, kita bukan pharmacist, so pandai mana pun tetap kene dapatkan pengesahan dulu dari doktor YA.

Apa tu Sunolut???



Brand Name: Sunolut 5mg/ Norculot 5mg

Active Ingredient: Norethisterone 5mg

Sunolut/ Norculot (brand name) atau nama sebenarnya Norethisterone (active ingredient) merupakan satu-satunya ubat yang mendapat licensed untuk delay/postpone/avoid menstruation. Kebiasaannya, ubat ni diambil oleh orang yang nak mengerjakan ibadah haji atau nak travel. Selain itu, ubat Norethisterone ni juga adalah ubat untuk merawat masalah berkaitan gangguan haid yang lain seperti endometriosis. 

Kenapa norethisterone dijadikan pilihan untuk delay period?

First, ianya berkesan. Second, ianya murah. Third, mudah didapati di klinik2 Swasta dan juga pharmacy. 

Cara pengambilan ubat ini untuk delay period? 

To those who are wishing to delay their periods can take 5mg norethisterone three times a day, started before onset of menstruation and just continued until you're ready to period. Boleh ambil sewaktu atau selepas makan. Kebiasaannya, period akan datang semula 2-3 days after we discontinued norethisterone. In case kita terlupa nk makan ubat ni, just ambil je waktu kita dah ingat, tapi kalau waktu dose seterusnya dah dekat, kita ambil je ubat ikut dose seperti biasa je. Please jangan pandai2 nak gandakan dose ya. Untuk wanita yang mengandung jangan makan pil norethisterone ni ya kecuali diarahkan oleh doktor sahaja. 

Untuk kesan sampingan pulak, based on personal experienced, zara rasa ada migraine macam tu jela.. Tapi sekiranya korang ada kesan2 sampingan yang berterusan Dan mengganggu korang seperti sakit kepala yang teruk, penglihatan dan pendengaran tiba2 bermasalah, sakit atau bengkak pada bahagian kaki, mata atau kulit berwarna kuning, please la terus berjumpa dengan doktor dengan kadar segera ya.

Then pastikan korang simpan ubat norethisterone ni ditempat yang selamat, elakkan dari kena direct pancaran matahari. Make sure juga periksa tarikh luput tau. Ni yang selalu I tekan kan.. Check dulu tarikh luput sebelum beli ubat tuuu.. Jangan main beli je.. Nasihat zara, please consult dengan doktor dulu sebelum makan apa2 ubat ya.. Jangan Pandai2 makan ubat just berdasarkan bacaan dari Google semata2.. 

OK.. Thank you reader.. See u on the next entry.. 

Much love

Zara♥️

Comments

  1. hai awak ada jual ke .. sbb saya tgh mencari

    ReplyDelete
  2. Hi awak.. Saya tak jual.. Tp kalau nak.. Sebaiknya datang clinic.. Jangan makan tanpa consultation dari doctor..

    ReplyDelete
  3. Bila masa yang sesuai untuk mula ambil Sunolut bagi tujuan delay period?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depends pada tujuan awak.. If nak vacation ke contoh.. Ambil seminggu awal sebelum tarikh vacation tu.. Dosage dan cara makan pun bergantung juga.. Ade doct prescript makan sebiji sehari pun ade.. Ade makan sehari 2-3 biji.. Ape pun sebaiknya inform doct dahulu tujuan awak nak delay period dan doct akan decide nak bagi berape banyak..

      Delete
  4. Nak tanya.. dh period 15 hari nonstop..dr dah bagi makan ubat ni..period dah stop..kalau stop makan ubat ni boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Ema.. Sebaiknya sebelum stop tanya doctor dulu, follow up dengan doctor patut stop bila ubat tu,

      Delete
  5. Boleh tak minum kopi kalau consume ubat ni? Jarakkan beberapa jam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi lucrecia.. If awak ade high blood pressure sebaiknya consult dengan doct dulu if nak ambil apa2 ya.. If awak sihat, just monitor tekanan darah sekiranya ada pening.. Usually pengambilan caffeine adalah tidak digalakan.. Elakkan minum caffeine bersama ubat ubat an.

      Delete
  6. Kalau Kita dah makan 5biji lepastu mcm x sedap badan chek double line mcmana ye,teruskan ke atau TIDAK,

    ReplyDelete
  7. Hi.. sy ad mslh pcos. N farmasi sarankan sy amik sunolut. Akn delay lg ke period sy kalau sy mkaan ubat sunolut ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Saje share. Saya pun ada masalah pcos dan consult doc sebelum ni. Saya pun makan ubat ni, dan ikut saranan dr, saya perlu ambil 2 kali sehari, selama 6 hari. Kebiasaannya tak sampai seminggu dari last day consume tu, saya akan period. Boleh jumpa dr untuk dapatkan saranan bagi cara pengambilan dan dos yang sesuai.

      Delete
  8. Hi sis,

    selepas stop sunolut, saya masih belum period. sekarang dah 2 minggu stop pun masih belum period. adakah itu normal?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Drop of Youth Concentrate

PURE TRANSLUCENCY ESSENCE LOTION